Thursday, June 30, 2011

Diperlukan & Dihargai




Akhir-akhir ini, Aku berfokus dan masih sedang membaca tulisan John Gray (Men Are from Mars, Women Are from Venus)..Hasil tulisan beliau ini sangat menarik perhatian aku untuk dibaca disebabkan ia adalah saranan dari Ustaz Shahrizal.

Buku yang berkisarkan seni mengenali naluri dan peribadi, kaum Adam dan Hawa ini masih lagi dalam peringkat awal untuk diberikan sebarang maklum balas. Tapi sehingga sekarang,input yang diberikan amat bermanfaat, sejajar seperti yang dianjurkan oleh Ustaz Shahrizal.

Sekarang ni, baru habis baca chapter 4 daripada 13 chapter semuanya.
Untuk disimpulkan pada peringkat awal ini, pendedahan yang ingin disampaikan oleh John Gray mengenai hubungan antara kaum Adam & Hawa ini adalah dua (2) aspek utama iaitu:

Perasaan DIPERLUKAN.
Menurut tulisan beliau, kaum Adam akan terdorong dan merasa gembira dan bahagia, apabila mereka merasa dirinya diperlukan oleh kaum Hawa.

Manakala

Perasaan DIHARGAI
Merupakan asas utama yang perlu wujud dan ada pada kaum Hawa untuk merasa bahagia dan gembira bersama kaum Adam.

Seperti yang aku katakan tadi, terlalu awal untuk menilai sejauh mana pengisian dan keberkesanan penulisan yang John Gray cuba ketengahkan kepada aku sebagai pembaca. Tapi tidak terlalu cepat untuk aku katakan, buku ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Maklumat penulisan yang bersahaja dan mudah untuk difahami menyebabkan aku masih lagi terpaut untuk terus membaca bila ada masa lapang. Tips-tips dan info-info yang logik,dan panduan daripada pengalaman ribuan atau mungkin juga jutaan responden juga membuat aku terus berminat untuk menghabiskan pembacaan ini.

Terpukul benak hati dan akal fikiran apabila ditekankan bahawa wanita mahu rasa dihargai. Sebagai wanita sendiri, aku mengakui ia adalah maklumat yang tepat.

Aku akan rasa bahagia bila aku rasa, aku dihargai,diambil peduli, disayangi dan diingati dengan JUJUR & IKHLAS. Kenapa tiba-tiba ada penegasan soal jujur dan ikhlas ni?...Sbb bagi aku ini adalah nilai utama yang perlu ada untuk melengkapkan perasaan-perasaan itu.

Pernah tak korang rasa? dihargai, diambil peduli, diingati dan sebagainya yang korang rasa agak-agak bahagia tu, sebenarnya atas sebab untuk mendapatkan sesuatu, bukan kerana perasaan itu wujud dengan jujur dan ikhlas.

Tak payah soalkan orang lain, soal pada diri sendiri, hari-hari yang aku lalui, jumpa customer, bincang dengan customer, telefon, contact dan pelbagai aktiviti yang aku lakukan untuk customer dengan niat untuk memberikan mereka perasaan-perasaan seperti di atas ini. IKHLAS ke? JUJUR ke?

Tepuk dada, tanya akal, intai-intai lah IMAN tu Fyruzs..

Aku percaya, jika aku menganggap seseorang itu penting dalam hidup aku, JUJUR & IKHLAS itu satu yang wajib ada. Kalaupun orang itu tak penting dalam kehidupan harian kita. JUJUR dan ikhlas itu adalah DEFAULT.

No comments:

Post a Comment