Sunday, June 5, 2011

CHANTEAQ

Aku suka jadi cantik,tengok orang cantik,dianugerahkan suami kacak,cantik lagi segak,dikurniakan anak-anak yang cantik,beli barang yang cantik-cantik,pilih warna baju pun nak cantik-cantik,main make up masa kecik-kecik(sebab nak nampak cantik),copy and paste gambar artis yang cantik-cantik,tengok video macam mana nak dapat fizikal yang cantik....huuuuuuu... (@_@)

Pokoknya, semuaaaaa... nak cantik, semuaaaanya... nak molek dan semuaaaanya nak baik...Boleh ker macam tu?(soalan ni untuk menjana pemikiran sendiri sebenarnya)...

Jawapan HATI


Hati: Eh! mestilah boleh, bukannya dosa pun, kalau suka benda-benda cantik..jadi cantik...semuanya cantikk...Sukakan cantik tu kan SUNAH...

Fyruzs: Memang la SUNAH!! sapa yang tak suka cantik wei...Masalahnya???... Hishhh..

Hati: Mana ada masalah.... kalau cantik tu cantik jer la.

Fyruzs: Tu la pasal kan...Bukannya salah kalau aku nak cantik, jadi cantik, dapat yang cantik..Kannn?...Isk2...

Hati: Satu perkara yang kau kena sentiasa ingat.Kalau kau boleh jadikan HATI ni CANTIK. Kau lah insan yang TERCANTIK.

Fyruzs: (Senyum panjang dulu) :)..... I've already knew what I knew & here it say what it says (sambil meletakkan tangan kanan ke atas jantung dan hati, menarik nafas dengan mata aku yang tertutup, aku sudahi helaan nafas lega dengan merasa penuh syukur kepada Allah SWT).

Selalunya inilah motivasi dan kata-kata yang selalu mengingatkan aku tentang erti
KECANTIKAN pada diri aku sendiri.

Alhamdulillah, walaupun aku bukanlah mana-mana ikon artis KOREA atau HOLLYWOOD yang menjadi pujaan ramai, bukan juga SUPERMODEL yang dikagumi dunia(kalau nak tau, ni lah cita-cita aku masa zaman sekolah rendah a.k.a zaman jahiliah - poyo giler kan?? Huahua)...

Bukan juga ratu, "MISS UNIVERSE" yang membawa gelaran wanita tercantik di alam semesta..Tak dilahirkan tinggi lampai macam Gisele Bundchen, Bukan juga terSEXY macam Adriana Lima...Tak dapat nak jadi GORGEOUS macam JENIFFER LOPEZ atau tak se BOOTYLICIOUS macam KIM KARDASHIAN dan mungkin juga tak terCUTE seiras macam KIM TAE HEE..

Tapi ini adalah aku...Lahir dan dipilih sebagai khalifah ALLAH SWT(sebagai watak sampingan di bumi Allah SWT).Yang sesungguhnya seorang yang kerdil lagi kecil dirinya di sisi MAHA PENCIPTA...Dengan cuma berbekal secebis ilmu alam dan setitik ilmu akhirat, aku masih perlu mengasah, menambah dan menimba ilmu dari kehausan aku untuk dijadikan amalan dan pedoman sebelum datang memohon dan mengadap di hari KEBANGKITAN nanti.

Semoga KEINDAHAN ALAM FANA ini,tidak melalaikan insan yang kerdil ini untuk sentiasa memanjatkan SYUKUR terhadap ILAHI...Semoga ayat-ayat AL-QURAN & Sunnah-sunah Rasulullah SAW sentiasa menjadi PERISAI hingga ke AKHIR hayat.

InsyaAllah...

Sedikit detik kenangan di majlis perkahwinan Aunty Noor di Muar, pada 4 Jun 2011.

Saat-saat yang manis dan bahagia aku meraikan, kemeriahan majlis bersama dua wanita tercantik di dalam duniaku:



















Bersama atuk yang sentiasa dirindui



















"Atuk meh betulkan tudung, senget sudahh niii..isk2"


























Ramai orang kata, rupa aku saling tak tumpah rupa mak aku...Betul ker? :)
Itulah UMI aku...Wanita terhebat dalam hidup aku...:) Terima kasih Mi, sebab melahirkan Fyruzs ke dunia ini..




















Kasut baru, yang dibeli dengan penuh rasa gembira dan puas hati..Rasa macam dah cantik sangat kasut tu untuk majlis Aunty Noor ni...Cantik kan? (Dapat beli dengan harga yang sangat best pada kualiti yang terbaik)..Tak kisah lah kalau korang rasa tak cantik..Sebab aku rasa kasut itu sangat CANTIK...Heheheh(kasut jer yang cantik ok...)



















Inilah kotak kasutnyer (kotak pun cantik kan?) heheh...




















Ni plak paper bag dier...(pun adalah sangat cantik)...Kedainyer pun cantik...:)

No comments:

Post a Comment