Monday, May 30, 2011

Cucur udang di malam Rabu

Penat melepek hari Rabu tu, sebab dah lama tak puasa straight dari Isnin, menambahkan malas giler aku nak masak sendiri (walaupun dalam hati dah lama rancang nak buat cucur udang,konon-konon).

Dah la sampai rumah lambat, sebab tunggu bus yang semamangnya 30-45 minit sekali.

Jadi akhirnya, pergi menyinggah pasar malam yang memang sedia ada dekat kawasan rumah, belilah daun bawang, taugeh, tepung gandum & macam-macam makanan (untuk berbuka),termasuklah air mata kucing yang sedap tahap dewa tu.

Terlanjur dah beli nasi goreng udang, rojak buah dengan air mata kucing untuk diri sendiri, rembat sekali nasi goreng ikan masin dengan mee hoon goreng udang untuk Sarah dengan Nadya.

Boleh pulak dah malam-malam, lepas berbuka tu,aku(nak memotong-motong bawang,daun sup, basuh taugeh siap semua,(macam nak buat juga cucur udang tu).

Penyudahnya, berjaya juga bancuh tepung dengan buat cucur udang yang dah seminggu lepas, berniat nak buat.

Hasilnya...Hehehe (tak de lah hebat pun...poyo jer lebih)...

Tapi resipinya boleh lah amik kalau nak ;

Cucur Udang Malam Rabu

Bahan-bahan

Bancuhan Tepung

1) Tepung gandum (cap sauh) 450 g
2) 2 1/4 cawan air suam bercampur 1/2 sudu teh garam
3) 1 sudu besar gula pasir
4) 1/4 sudu teh serbuk bikarbonat
5) 1 biji telur

Inti Cucur
1) Udang sederhana besar 350 g (dicuci & dibuang kepala)
2) 2 genggam taugeh (dibersihkan)
3) 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
4) 2-3 batang daun sup & daun bawang (dimayang halus)
5) 15 biji cili padi kampung (dihiris halus)

Goreng
1) Minyak masak

Cara penyediaan & memasak:

Sediakan bancuhan tepung - campurkan tepung gandum dgn gula pasir & serbuk bikarbonat, kemudian gaul rata. Seterusnya, masukkan air suam sikit-sikit, sambil kacau tepung (guna tangan atau senduk nasi) sampai rata dengan kadar kepekatan sederhana (jangan terlalu pekat & terlalu cair). Masukkan sebiji telur dan kacau rata lagi, kemudian biarkan bancuhan selama 10 minit.

Lepas 10 minit, masukkan bahan inti, kecuali UDANG & kacau bancuhan dan campuran inti tadi, sampai rata. Biarkan 5 minit sebelum goreng.

Untuk menggoreng, panaskan minyak (pastikan betul-betul panas).Gunakan senduk sederhana besar untuk jadi pengukur.

Ceduk bancuhan tepung separuh penuh senduk, kemudian taburkan 2-3 ekor udang (mengikut saiz udang dan senduk.

Gunakan sudu besar untuk tuangkan sesudu penuh bancuhan tepung ke atas udang yang sudah ditaburkan ke atas separuh bancuhan tadi,(pastikan bancuhan tepung menutupi udang (supaya udang tadi tidak terpisah dari tepung cucur masa digoreng nanti).

Kemudian masukkan bancuhan tepung dari senduk tadi ke dalam minyak yang dah panas, menggunakan bantuan sudu besar yang dah digunakan tadi. Kecilkan api ke tahap sederhana (kalau tak, nanti cucur udang tu, lekas hangus, tak masak dekat dalam).
Tunggu sehingga agak garing untuk dibalik-balikkan cucur tadi.Ulang proses membalik- balikkan cucur tadi 2-3 kali sehingga garing dan masak.Angkat cucur udang yang sudah masak,(pastikan tos kan minyak dulu)dan hidang.

Cucur Udang Malam Rabu anda, sedia untuk dimakan. (Disarankan makan bersama sos cili untuk dapatkan rasa yang lebih sedap giler).






















Sekian selamat mencuba.

P/s: Korang boleh tambah carrot parut kalau suka,(kadang-kadang aku pun letak juga)- sengaja nak menambah sayur dalam diet harian.

Sunday, May 22, 2011

Cooking Time

Setelah sekian lama tak memekak kat dapur.
Tak kelentang kelentung lesung batu tu.
Tak tunggang langgang kuali dan sudip.

Hari ni, buat pertama kalinya,
Dekat rumah baru (Pantai Permai) ni
Aku memasak,(masak nasi, lauk campak-campak jer pun)hehehe..

Dari Jumaat lepas, peti sejuk yang dari bulan lepas digembar-gemburkan nak dibeli..
Telah pun selamat sampai ke dalam bilik aku ni..

Jadi dengan semangat wajanya..
Aku pun membeli sambil membelah barang-barang basah..
Dekat pasar malam, hari sabtu..lepas balik dari office..

Maka hari ni,
selepas bertungkus lumus (konon-konon susah sangat la kan)..
Terciptalah dua masakkan hasil air tangan aku yang tak seberapa ni..

Tomyam Oyster Mushroom & Carrot dan Garlic Prawn...
Rasanya udang tu, macam sedap...Tapi sayur tu macam gagal sikit..:P

Tapi apa2 pun...dah selamat Sarah dengan aku "NGAPP" sampai kenyang..

Kalau nak cuba,boleh la cuba resepi mudah & cepat ni yer..
Resipi org bujang jer ni...

Tomyam Oyster Mushroom & Carrot

Bahan-bahan
1) 2 batang carrot saiz sederhana (tolong buang kulit luar & potong siap-siap yer)
2) 150 gram Oyster Mushroom (disiat2 sederhana halus)
3) 2 ulas bawang merah (sila tumbuk)
4) 2 ulas kecil bawang putih (sila tumbuk)
5) 5 batang cili padi kampung (dititik)
6) 1/2 ulas bawang besar (dihiris)
7) 1/2 kiub tomyam
8) Sedikit gula & garam (ikut selera sendiri ok)
9) Sedikit Olive Oil
10)200 ml air

Cara-cara memasak

Mula dengan memanaskan olive oil, kemudian masukkan hirisan bawang besar,bawang merah & bawang putih yang dah siap ditumbuk dan cili padi kampung yang dah dititik.
Goreng & kacau sampai naik bau dan sedikit garing. Masukkan kiub tom yam yang dah
dihancurkan, kacau rata. Tunggu sampai naik bau (api jangan besar sangat).Kemudian, masukkan sedikit garam, dan perlahan-lahan masukkan air,kacau sehingga mendidih, dan masukkan gula (ikut cita rasa sendiri ok).Masukkan carrot, biarkan sekejap, kemudian kacau semula sampai carrot empuk.Akhir sekali, kecilkan api, masukkan Mushroom, kacau 2-3 kali, tunggu mendidih dalam 10 saat dan tutup api dan sayur anda sudah boleh dihidang.


















Garlic Prawn

Bahan-bahan

1) 350 gram udang saiz sederhana (dibersihkan)
2) 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
3) 2 cubit lada hitam (ditumbuk halus)
4) Seulas bawang merah (dihiris halus)
5) Sedikit garam & gula (secukup rasa)
6) Sedikit Olive oil
7) 25 ml air yang dicampur bekas tumbuk bawang tadi
8) Secubit serbuk kunyit


Cara-cara memasak

Mula-mula kena perap dulu udang yang dah dibersihkan dengan bahan-bahan no 2 - 5 dan no 8 (biarkan dalam 20 minit selepas digaul rata bahan-bahan tadi dalam peti sejuk). Kemudian panaskan olive oil, dan masukan udang yang diperap tadi.Kacau rata udang sehingga udang bertukar ke warna merah dan betul-betul masak, masukkan air bekas tumbukan bawang tadi.Gaul rata sampai mendidih sekejap dan terus tutup api dan hidang.Anda boleh tambah garam atau gula masa kacau tadi jika perlu.























Sekian sahaja & selamat mencuba yaa.. :P

Friday, May 20, 2011

Mencuri Pandang, Soal Hati

Agak sukar bila kita nak bercakap soal hati..
Tengok kanan, tengok kiri, sebenarnya balik-balik nampak diri sendiri..
Tapi hampir setiap detik, itu lah organ yang kita pakai, hari-hari
MATA & HATI
Untuk melayan kehendak ni, kadang-kadang sampai campak akal ke tepi..

Hari,demi hari, saat berdetik, jam berindik,
Tak tahulah apa sebenarnya yang berlegar dalam kepala ni..
Atau yang tersekat dekat salur kerongkong yang dah sedia sakit ni..
Barangkali emosi yang tercengkam dekat hati ni...

Kata-kata yang dipetik dari hadith Rasul junjungan seluruh umah, Rasulullah SAW:
"Hati itu TENTERAM kepada KEBAIKAN dan GELISAH terhadap KEJAHATAN"
Sentiasa menjadi panduan untuk hari sebelumya, hari ini dan akan datang.
Hadith yang ringkas seperti ini, sebenarnya banyak memberi panduan kepada kita,
Kalau kita pandai mengambil manfaat darinya..
Agama ISLAM yang penuh cahaya kebenaran & pedoman ini, tanpa cacat celanya
telah memberikan bekal yang lengkap, cuma terpulang pada umatnya untuk mencari &
beramal....

Terbaca pulak status FB seorang teman senior yang berbunyi:
"NIAT yang BAIK itu TIDAK MENGHALALKAN cara...
Jujurnya aku tertarik dan suka dengan ayat penyata di atas..
Ringkas, padat dan bernas...

Zaman sekarang ini terlalu banyak yang MenSAHIHkan yang BATIL &
MemBATILkan yang SAHIH...
Jangan macam ni kawan-kawan..
Syarak tetap Syarak, Sunah tetap Sunah..
Jangan disebabkan nafsu, kita menokok tambah atau menurun kurang isi kandungan
dan mesej yang telah sedia terang & jelas diwahyukan kepada kita..

Agak-agaknya, apa yang aku dapat dari renungan & aktiviti yang telah aku
lakukan dan lalui hari ni?

Haaaa...itu kita kenalah muhasabah diri..
Banyak sangat larangan Allah SWT yang kita dah langgar...
Jangankan amal jariah, darjah ketauhidan perlu kita perbetulakan dulu..

Semoga hari-hari esok jauh lebih memberi berkat & kebaikan dari hari ini...