Thursday, June 30, 2011

Diperlukan & Dihargai




Akhir-akhir ini, Aku berfokus dan masih sedang membaca tulisan John Gray (Men Are from Mars, Women Are from Venus)..Hasil tulisan beliau ini sangat menarik perhatian aku untuk dibaca disebabkan ia adalah saranan dari Ustaz Shahrizal.

Buku yang berkisarkan seni mengenali naluri dan peribadi, kaum Adam dan Hawa ini masih lagi dalam peringkat awal untuk diberikan sebarang maklum balas. Tapi sehingga sekarang,input yang diberikan amat bermanfaat, sejajar seperti yang dianjurkan oleh Ustaz Shahrizal.

Sekarang ni, baru habis baca chapter 4 daripada 13 chapter semuanya.
Untuk disimpulkan pada peringkat awal ini, pendedahan yang ingin disampaikan oleh John Gray mengenai hubungan antara kaum Adam & Hawa ini adalah dua (2) aspek utama iaitu:

Perasaan DIPERLUKAN.
Menurut tulisan beliau, kaum Adam akan terdorong dan merasa gembira dan bahagia, apabila mereka merasa dirinya diperlukan oleh kaum Hawa.

Manakala

Perasaan DIHARGAI
Merupakan asas utama yang perlu wujud dan ada pada kaum Hawa untuk merasa bahagia dan gembira bersama kaum Adam.

Seperti yang aku katakan tadi, terlalu awal untuk menilai sejauh mana pengisian dan keberkesanan penulisan yang John Gray cuba ketengahkan kepada aku sebagai pembaca. Tapi tidak terlalu cepat untuk aku katakan, buku ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Maklumat penulisan yang bersahaja dan mudah untuk difahami menyebabkan aku masih lagi terpaut untuk terus membaca bila ada masa lapang. Tips-tips dan info-info yang logik,dan panduan daripada pengalaman ribuan atau mungkin juga jutaan responden juga membuat aku terus berminat untuk menghabiskan pembacaan ini.

Terpukul benak hati dan akal fikiran apabila ditekankan bahawa wanita mahu rasa dihargai. Sebagai wanita sendiri, aku mengakui ia adalah maklumat yang tepat.

Aku akan rasa bahagia bila aku rasa, aku dihargai,diambil peduli, disayangi dan diingati dengan JUJUR & IKHLAS. Kenapa tiba-tiba ada penegasan soal jujur dan ikhlas ni?...Sbb bagi aku ini adalah nilai utama yang perlu ada untuk melengkapkan perasaan-perasaan itu.

Pernah tak korang rasa? dihargai, diambil peduli, diingati dan sebagainya yang korang rasa agak-agak bahagia tu, sebenarnya atas sebab untuk mendapatkan sesuatu, bukan kerana perasaan itu wujud dengan jujur dan ikhlas.

Tak payah soalkan orang lain, soal pada diri sendiri, hari-hari yang aku lalui, jumpa customer, bincang dengan customer, telefon, contact dan pelbagai aktiviti yang aku lakukan untuk customer dengan niat untuk memberikan mereka perasaan-perasaan seperti di atas ini. IKHLAS ke? JUJUR ke?

Tepuk dada, tanya akal, intai-intai lah IMAN tu Fyruzs..

Aku percaya, jika aku menganggap seseorang itu penting dalam hidup aku, JUJUR & IKHLAS itu satu yang wajib ada. Kalaupun orang itu tak penting dalam kehidupan harian kita. JUJUR dan ikhlas itu adalah DEFAULT.

Monday, June 27, 2011

Kerna

Aku suka pada matanya yang bisa melihat keindahan hati manusia.

Aku juga terkesima pada bibirnya yang sentiasa berkata benar,walau pahit yang selalu menjelma.

Aku kagum dengan deria hidunya kerna bisa menghidu akan segala kedukaan & kesedihan jiwa.

Aku tenang dengan bahunya yang cukup lebar, namun cukup ringgan membantu ketika ada yang perlu.

Aku rindu akan suaranya yang tidak lekang bertaranumkan Al-Quran & berzikirkan Selawat.

Aku sayang akan jiwanya yang lembut namun tegas memperjuangkan Ilmu Tuhanku.

Aku cinta akan hatinya yang ikhlas menerima silamku,kini dan selamanya hidupku.

AKU TERIMA AKAN DIRINYA, KERNA DIA ANUGERAH TUHAN, UTUSAN ILAHI, UNTUK AKU JADIKAN TEMAN SEHINGGA SAMPAI AKHIRAT NANTI.


DIA YANG AKAN KU NANTI..
AKAN KU MIMPI...
KU DOA...
SETIAP DETIK...

DIA...
PENDERMA TULANG RUSUK SEJAK AZALI
MOGA SAJA BERTEMU NANTI..

Thursday, June 9, 2011

Rindu

" Tak ada apa, saja jer call, rindu nak dengar suara awk"

" m missing u "

" I miss you soooo much...it hurts "

Berapa kali agaknya kita gunakan ayat-ayat semacam ini,dalam kehidupan seharian kita yer?

Agak-agaknya kita betul-betul maksudkan ker apa yang kita lafazkan tu?

Atau sekadar ayat harian (default template)?

Sekadar mana sesebuah rindu itu boleh mengubah perasaan, mood atau mungkin hidup kita?

Sejauh mana rindu itu membuatkan kita bertindak?

Sanggupkah kita meninggalkan orang yang dirindui?

Sejauh mana kita sanggup menunggu orang yang kita rindui?

Sejauh mana kita dapat berlari mengejar yang dirindu?

Sehebat mana rasa rindu dapat membuatkan kita sanggup merantau jauh untuk melepaskan rindu walaupun sekejap?


Mari kita renungkan...

Rindu...Rindu..Rindu..Rindu sangat, pada Rasulullah SAW, pada kota Madinah Al Munawarah, pada kurma AJWA, pada kambing golek, pada Jeddah Airport & pada Kaa'bah.. tiba-tiba menyinggah apabila Kak Nurul singgah ke meja Syaz tadi,sambil bercerita pasal pengalaman dia mengerjakan Umrah.

Sudah hampir 3 tahun aku meninggalkan Kota yang aku rindui itu.Kenapa Madinah? bukan Mekah? Mekah juga sentiasa di hati, namun Kota Madinah lebih mesra di hati ini.

Kota yang menyimpan sejuta kenangan, erti kesabaran dan udara kebahagian dalam seusia hidup aku.

Rindu yang tak terbendung terhadap Rasulullah SAW, lebih memuncak bila aku dalam keadaan kesedihan dan rasa keseorangan.

Aku mengimbas pada kisah saat-saat di akhir hayat Rasulullah SAW. Di saat baginda begitu tegar ingin melindungi umatnya. Bertubi-tubi menyebut-nyebut UMATI..UMATI... di hadapan Malaikat Izrail dan Fatimah sambil berlinang air mata bercampur baur menahan sakitnya sakaratul maut yang bakal menjemput hayatnya.Meminta-minta agar kesakitan yang amat sangat seperti itu akan dapat dipindahkan dari menyakiti umatnya, Meruntun rasa gelisah perasaan baginda akan nasib umat-umatnya yang bakal di tinggalkan...MasyaAllahhhhh..

Sungguh suci kasihmu Ya Rasulullah(SAW).... Tak dapat tergambar besarnya perasaan itu...tingginya rindumu...


Sejauh mana rinduku terhadapnya? Adakah mampu menandingi rindu Baginda terhadapku sebagai umatnya? Setinggi mana peringatan dan penghayatan kita terhadap baginda dan amanah yang ditinggalkan kepada kita? Berapa banyak kali kita menyeru, berselawat ke atas baginda? Dan apa yang kita dah lakukan untuk membuktikan cinta & rindu kita terhadap baginda?


Ya Allah.. Malunya.. bila memikirkan jauhnya hati kita, kalau nak dibandingkan dengan hati dan rindu Rasulullah SAW terhadap kita. Baginda adalah Rasulullah SAW, kekasih Allah SWT yang telah dijanjikan dengan jaminan SYURGA, merindu umatnya.

Di mana kedudukan kita di sisi Allah SWT, sehingga kita sendiri, selalunya tak ingatpun nak berselawat kepada Rasulullah SAW, tak mampu menandingi kasih baginda terhadap kita.

Aku malu dengan diri sendiri, bila memikirkan kita selalu memikirkan atau mendahulukan perasaan yang jauh lebih tidak penting. Bukankah rindu kita itu sepatutnya milik Allah SWT dan Rasulullah SAW secara mutlaknya?

Rindu kepada keduniaan membuatkan aku sangat alpa. Semoga kerinduan yang datang kali ini akan kian mekar dan sentiasa berada di hati. Semoga rindu seorang umat yang hina seperti aku ini layak diambil kira sebagai kerinduan terhadap baginda Rasulullah SAW, walaupun ia tidak semegah mana.

Walaupun kerinduan ini tak akan dapat menandingi kerinduan Baginda kepada kita, terimalah rindu dari umat mu yang kerdil ini Ya Rasulullah.

Semoga bertemu lagi kita di Masjidil Nabawi Ya Rasulullah, semoga aku layak menerima Syafaatmu di padang Masyar nanti... SEMOGA SAJA RINDU INI RINDU YANG SEJATI, AKAN KU BAWA SEHINGGA MATI...MOGA-MOGA AJA.....InsyaAllah


Sunday, June 5, 2011

CHANTEAQ

Aku suka jadi cantik,tengok orang cantik,dianugerahkan suami kacak,cantik lagi segak,dikurniakan anak-anak yang cantik,beli barang yang cantik-cantik,pilih warna baju pun nak cantik-cantik,main make up masa kecik-kecik(sebab nak nampak cantik),copy and paste gambar artis yang cantik-cantik,tengok video macam mana nak dapat fizikal yang cantik....huuuuuuu... (@_@)

Pokoknya, semuaaaaa... nak cantik, semuaaaanya... nak molek dan semuaaaanya nak baik...Boleh ker macam tu?(soalan ni untuk menjana pemikiran sendiri sebenarnya)...

Jawapan HATI


Hati: Eh! mestilah boleh, bukannya dosa pun, kalau suka benda-benda cantik..jadi cantik...semuanya cantikk...Sukakan cantik tu kan SUNAH...

Fyruzs: Memang la SUNAH!! sapa yang tak suka cantik wei...Masalahnya???... Hishhh..

Hati: Mana ada masalah.... kalau cantik tu cantik jer la.

Fyruzs: Tu la pasal kan...Bukannya salah kalau aku nak cantik, jadi cantik, dapat yang cantik..Kannn?...Isk2...

Hati: Satu perkara yang kau kena sentiasa ingat.Kalau kau boleh jadikan HATI ni CANTIK. Kau lah insan yang TERCANTIK.

Fyruzs: (Senyum panjang dulu) :)..... I've already knew what I knew & here it say what it says (sambil meletakkan tangan kanan ke atas jantung dan hati, menarik nafas dengan mata aku yang tertutup, aku sudahi helaan nafas lega dengan merasa penuh syukur kepada Allah SWT).

Selalunya inilah motivasi dan kata-kata yang selalu mengingatkan aku tentang erti
KECANTIKAN pada diri aku sendiri.

Alhamdulillah, walaupun aku bukanlah mana-mana ikon artis KOREA atau HOLLYWOOD yang menjadi pujaan ramai, bukan juga SUPERMODEL yang dikagumi dunia(kalau nak tau, ni lah cita-cita aku masa zaman sekolah rendah a.k.a zaman jahiliah - poyo giler kan?? Huahua)...

Bukan juga ratu, "MISS UNIVERSE" yang membawa gelaran wanita tercantik di alam semesta..Tak dilahirkan tinggi lampai macam Gisele Bundchen, Bukan juga terSEXY macam Adriana Lima...Tak dapat nak jadi GORGEOUS macam JENIFFER LOPEZ atau tak se BOOTYLICIOUS macam KIM KARDASHIAN dan mungkin juga tak terCUTE seiras macam KIM TAE HEE..

Tapi ini adalah aku...Lahir dan dipilih sebagai khalifah ALLAH SWT(sebagai watak sampingan di bumi Allah SWT).Yang sesungguhnya seorang yang kerdil lagi kecil dirinya di sisi MAHA PENCIPTA...Dengan cuma berbekal secebis ilmu alam dan setitik ilmu akhirat, aku masih perlu mengasah, menambah dan menimba ilmu dari kehausan aku untuk dijadikan amalan dan pedoman sebelum datang memohon dan mengadap di hari KEBANGKITAN nanti.

Semoga KEINDAHAN ALAM FANA ini,tidak melalaikan insan yang kerdil ini untuk sentiasa memanjatkan SYUKUR terhadap ILAHI...Semoga ayat-ayat AL-QURAN & Sunnah-sunah Rasulullah SAW sentiasa menjadi PERISAI hingga ke AKHIR hayat.

InsyaAllah...

Sedikit detik kenangan di majlis perkahwinan Aunty Noor di Muar, pada 4 Jun 2011.

Saat-saat yang manis dan bahagia aku meraikan, kemeriahan majlis bersama dua wanita tercantik di dalam duniaku:



















Bersama atuk yang sentiasa dirindui



















"Atuk meh betulkan tudung, senget sudahh niii..isk2"


























Ramai orang kata, rupa aku saling tak tumpah rupa mak aku...Betul ker? :)
Itulah UMI aku...Wanita terhebat dalam hidup aku...:) Terima kasih Mi, sebab melahirkan Fyruzs ke dunia ini..




















Kasut baru, yang dibeli dengan penuh rasa gembira dan puas hati..Rasa macam dah cantik sangat kasut tu untuk majlis Aunty Noor ni...Cantik kan? (Dapat beli dengan harga yang sangat best pada kualiti yang terbaik)..Tak kisah lah kalau korang rasa tak cantik..Sebab aku rasa kasut itu sangat CANTIK...Heheheh(kasut jer yang cantik ok...)



















Inilah kotak kasutnyer (kotak pun cantik kan?) heheh...




















Ni plak paper bag dier...(pun adalah sangat cantik)...Kedainyer pun cantik...:)

Wednesday, June 1, 2011

Sabtu Terakhir untuk pertengahan 2011 - 28 haribulan Mei

Antara saat-saat yang seronok dalam rutin hidup aku, ialah apabila dapat menghabiskan masa dengan insan tersayang (keluarga ,adik-adik juga mereka dan mereka) HEHEHE.... :)

Adalah lebih manis bila dapat menikmati manisan (deserts) yang sangat sedap, walaupun harganya agak "ROBINSON" (bak kata Ayah aku). Nak dijadikan sejarah, Sarah, Nadya dengan aku pergi melepak dekat "SWEET CHAT", Midvalley Megamall, buat kali pertamanya, Sabtu lepas.

Senarai pilihan pemanis mulut (Deserts) yang ada memang sangat menarik, bukan sekadar perhatian, TETAPI tekak dan selera kita orang yang sebenarnya dah kenyang tahap dewa kesuma (belum dewa kayangan lagi) pada ketika tu.

Jadi, apa lagi, dengan berbekalkan keyakinan yang tinggi dan usaha sama tanpa berbelah bagi , kita orang pun "ORDER" pilihan masing-masing.
Sarah pesan - Soybean Jelly (Taufufah) with Fresh Strawberries - aku tak makan sebab aku alah dengan soya, tapi Sarah kata "Sedap giler, Number 1". Nadya pulak dengan - Durian Pancake (yang ni memang sedap giler OKkkk!!!), aku plak pesan TEA TIME SET (1 Scone + 1 Tuna Toast + 1 Chicken Toast + 1 Sweet Ending Hot (Pulut Hitam with Tong Yuen (Peanut)).

Malas nak citer panjang-panjang.

Tapi semua pemanis mulut ni, memang dapat markah 6 bintang aaaa... Kenapa???
Sebab.. memang sangat sedap. Walaupun menu kita orang adalah pemanis mulut, tapi semua pemanis mulut yang kita orang pesan ni, tak terlalu manis. Kombinasi rasa manis, lemak, dan masin semuanya sangat padu dan lengkap "PERFECT MATCH". Aroma pemanis mulut dekat SWEET CHAT ni pun memang menyelerakan, bertambah-tambahlah lagi selera kami (walaupun masa tu memang dah kenyang).

Kalau korang saja-saja rasa nak lepak dan tak pikir nak makan makanan berat, SWEET CHAT ni memang "RECOMMENDED" laa. Kalau nak makan, makanan berat pun ada juga. Tapi dekat sini, kami cuma cuba pemanis mulut die, yang merupakan hidangan istimewa (specialties) SWEET CHAT.

Ok....sekarang masa untuk menambah rasa BERKOBAR-KOBAR korang dengan memuat naik gambar- gambar kita orang dan menu-menu masa kita orang dekat sana. Sila -silalah amati gambar-gambar ini dengan tekun yer sebelum melangkah ke SWEET CHAT untuk menikmati rasa sebenar...HEHEHE...

































Sarah yang FOKUS memilih menu..

























Aku dah pilih dah, Ok..Thank you.. I Love You (kata Nadya)




















Senyum (sabar menunggu bubur pulut hitam)-tak berapa nak sabar la Ah Moiii...:P






















Sarah & Me...(ya..yaa..She's gorgeous than me..I know...:P)






















Scone with cheese cream & jam , Tuna & Chicken Toast




















Soybean Jelly with Fresh Strawberries...(pakkal jer aku tak leh makan)..























Pulut Hitam With Tong Yuen(tepung pulut berinti kacang tanah)























Paling besttttt ; TEMPAT PERTAMA DIMENANGI OLEH "DURIAN PANCAKE"...Sedap giler wei..Nak-nak bila aku dah lama nak makan durian tapi tak terbeli-beli...