Monday, May 30, 2011

Cucur udang di malam Rabu

Penat melepek hari Rabu tu, sebab dah lama tak puasa straight dari Isnin, menambahkan malas giler aku nak masak sendiri (walaupun dalam hati dah lama rancang nak buat cucur udang,konon-konon).

Dah la sampai rumah lambat, sebab tunggu bus yang semamangnya 30-45 minit sekali.

Jadi akhirnya, pergi menyinggah pasar malam yang memang sedia ada dekat kawasan rumah, belilah daun bawang, taugeh, tepung gandum & macam-macam makanan (untuk berbuka),termasuklah air mata kucing yang sedap tahap dewa tu.

Terlanjur dah beli nasi goreng udang, rojak buah dengan air mata kucing untuk diri sendiri, rembat sekali nasi goreng ikan masin dengan mee hoon goreng udang untuk Sarah dengan Nadya.

Boleh pulak dah malam-malam, lepas berbuka tu,aku(nak memotong-motong bawang,daun sup, basuh taugeh siap semua,(macam nak buat juga cucur udang tu).

Penyudahnya, berjaya juga bancuh tepung dengan buat cucur udang yang dah seminggu lepas, berniat nak buat.

Hasilnya...Hehehe (tak de lah hebat pun...poyo jer lebih)...

Tapi resipinya boleh lah amik kalau nak ;

Cucur Udang Malam Rabu

Bahan-bahan

Bancuhan Tepung

1) Tepung gandum (cap sauh) 450 g
2) 2 1/4 cawan air suam bercampur 1/2 sudu teh garam
3) 1 sudu besar gula pasir
4) 1/4 sudu teh serbuk bikarbonat
5) 1 biji telur

Inti Cucur
1) Udang sederhana besar 350 g (dicuci & dibuang kepala)
2) 2 genggam taugeh (dibersihkan)
3) 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
4) 2-3 batang daun sup & daun bawang (dimayang halus)
5) 15 biji cili padi kampung (dihiris halus)

Goreng
1) Minyak masak

Cara penyediaan & memasak:

Sediakan bancuhan tepung - campurkan tepung gandum dgn gula pasir & serbuk bikarbonat, kemudian gaul rata. Seterusnya, masukkan air suam sikit-sikit, sambil kacau tepung (guna tangan atau senduk nasi) sampai rata dengan kadar kepekatan sederhana (jangan terlalu pekat & terlalu cair). Masukkan sebiji telur dan kacau rata lagi, kemudian biarkan bancuhan selama 10 minit.

Lepas 10 minit, masukkan bahan inti, kecuali UDANG & kacau bancuhan dan campuran inti tadi, sampai rata. Biarkan 5 minit sebelum goreng.

Untuk menggoreng, panaskan minyak (pastikan betul-betul panas).Gunakan senduk sederhana besar untuk jadi pengukur.

Ceduk bancuhan tepung separuh penuh senduk, kemudian taburkan 2-3 ekor udang (mengikut saiz udang dan senduk.

Gunakan sudu besar untuk tuangkan sesudu penuh bancuhan tepung ke atas udang yang sudah ditaburkan ke atas separuh bancuhan tadi,(pastikan bancuhan tepung menutupi udang (supaya udang tadi tidak terpisah dari tepung cucur masa digoreng nanti).

Kemudian masukkan bancuhan tepung dari senduk tadi ke dalam minyak yang dah panas, menggunakan bantuan sudu besar yang dah digunakan tadi. Kecilkan api ke tahap sederhana (kalau tak, nanti cucur udang tu, lekas hangus, tak masak dekat dalam).
Tunggu sehingga agak garing untuk dibalik-balikkan cucur tadi.Ulang proses membalik- balikkan cucur tadi 2-3 kali sehingga garing dan masak.Angkat cucur udang yang sudah masak,(pastikan tos kan minyak dulu)dan hidang.

Cucur Udang Malam Rabu anda, sedia untuk dimakan. (Disarankan makan bersama sos cili untuk dapatkan rasa yang lebih sedap giler).






















Sekian selamat mencuba.

P/s: Korang boleh tambah carrot parut kalau suka,(kadang-kadang aku pun letak juga)- sengaja nak menambah sayur dalam diet harian.

No comments:

Post a Comment