Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Datang Lagi

Inilah dia, hari yang aku tunggu-tunggu...
Walaupun aku tak boleh berpuasa kerna menurut tuntutan alam,
Namun hatiku cukup girang untuk menyambut ketibaan Ramadhan ini.
Amat berbeza kalau dibandingkan ketika waktu aku masih kecil.

Sebabnya,dulu bulan Syawal yang sering dinanti-nanti.
Ramadhan pulak terasa panjang sekali.
Mungkin aku merasakan diri ini sudah kian berusia.
Makanya, keseronokan bulan puasa lebih menyeluruh berbanding Syawal.

Masakan tidak,
Kalau dulu,
Aku sangat sibuk memastikan baju-baju rayaku siap & dipilih mengikut citarasa ku.
Kononya mau bergaya di setiap pelusuk tempat yang boleh aku buat COLLECTION...
Ish ish...malu sungguh memikirkan sikap aku ketika kecil itu..

Namun,itulah aku 15-20 tahun yang lalu.
Kini Ramadhan amat berarti buat aku.
Kerana inilah masa di mana keluarga aku dapat bersama-sama berpuasa,
Bersolat Terawih, Berbuka, Memasak & Bersahur bersama.

Tapi tahun ini, agak kurang gembiranya.
Kerana kami masing-masing sudah punya komitmen yang menuntut kami untuk mengorbankan masa bersama-sama.

Aku mengambil peluang pulang ke tanah tumpah darahku iaitu kota Johor Bahru.
Tempat di mana aku dilahirkan, dibesarkan, mendapat pendidikan sehingga A Level, sebelum aku berangkat ke Cyberjaya untuk melanjutkan pelajaran di sana.

Kali ini,berpuasa tanpa kedua-dua adik perempuanku di rumah, adalah amat berbeza.
Kami selalu saja suka membeli makanan yang banyak, berbual-bual tika malam, tertawa bercerita tentang apa saja dan mungkin juga bisa ternyanyi-nyanyi di dalam kamar kerana kami gembira.

Ramadhan ini, aku pulang untuk bersama keluarga, Makanya yang ada di rumah adalah Umi, Ayah, dan kedua-dua adik lelakiku. Rafi amat sibuk dengan kerja-kerjanya di masjid. Syaikh??? Oh budak ini sudah tak biasa mendengar lagi kata orang tuanya.

Sahur pertama, dan pada 1 Ramadhan, Syaikh (adik bongsuku)tidak langsung pulang ke rumah, dari sahurnya, puasanya, berbuka juga tidak kelihatan. Hanya pada Ramadhan ke 2, dia pulang. Itupun, setelah aku mengutus SMS dan Wall Post di Facebook...Haihhhh
mengeluh panjang aku dibuatnya...

Di bulan yang mulia, penuh barakah ini, aku perlu kesabaran yang tinggi. Ya, berbeza juga kali ini, dari Ramadhan-Ramadhan sebelumnya,sebab aku sempat juga menemankan rakan aku, melawat saudaranya yang sakit di hospital pada 1 Ramadhan, teman shopping raya dan berbelanja untuk juadah berbuka di salah sebuah Bazar di Taman Suria bersama rakan karibku, (Khairul)- Biasanya, keluar pergi bazar dengan keluarga sendiri sahaja.

Nasib baik juga dia rajin mengajak aku berjalan sana sini. Makanya dapatlah aku merasa suasana dan citarasa angin bazar di Johor Bahru, sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Kepulanganku ke Kuala Lumpur dengan rasa tidak puas kerana semuanya masih serba tidak lengkap bagiku...Harap-harap, kami masih dapat menyambut Ramadhan terakhir bersama sebelum menjelangnya Syawal nanti di Kampung...INSYALLAH

No comments:

Post a Comment