Monday, August 15, 2011

Cheritera Ramadhan, Berbuka ,Diet, Kasih & Sayang


Hari ini sudah 15 Ramadhan 1432 Hijrah, cepat sangat masa berlalu, secepat itu juga usia aku berlepas meninggalkan sisa-sisa kehidupan yang tidak diketahui penghujungnya.

Sepanjang lima belas hari ini, masih belum lagi aku pergi melaburkan duit di Bazar Ramadhan berdekatan Pantai Dalam ini. Tahun ini, berbuka agak mewah, Alhamdulillah..

Sekembalinya aku dari Johor, terus-terusan tempahan berbuka bersama
pelanggan telah pun bermula.


4 Ramadhan,

Berbuka di Corus Hotel (tak banyak yang dapat aku makan, memandangkan sekarang ni, selera tidak sehebat dulu - mungkin nikmat makan itu telah ditarik sedikit demi sedikit)..

6 Ramadhan,

Aku dan kedua-dua saudara perempuanku pulang ke kampung untuk berpuasa dan berbuka bersama ninda tercinta. Kepulanganku kali ini dengan hati yg gembira bercampur sayu. Memang niatku, puasa tahun ini, aku mau berhabis masa dengan semua warga terdekat dan terpenting dalam hidupku.Hari ini adalah hari pertama aku berpuasa, setelah lima hari bercuti.

Mungkin kerana di hati aku merasa, hidup ini mungkin tidak akan lama. Makanya saat-saat indah di bulan Ramadhan ini adalah peluang emas yang perlu aku kejar bagi memenuhi lompang-lompang hati aku dengan menghabiskan masa bersama ahli keluarga.

Kesihatan nindaku kurang mengizinkan untuk dia berpuasa, kerap kali juga dia mengulang-ulang kata rasa kesal kerana tidak dapat berpuasa pada tahun ini. Kelihatannya kesan ubat-ubatan ninda terlalu kuat membuatkan dia lemah longlai untuk meneruskan ibadah puasanya tahun ini.

Hati menjadi lebih sayu melihatkan matanya yang layu, mengenangkan anak yang diharap tidak kunjung tiba, walaupun Ramadhan sudahpun masuk hari yang ke 7.

"Tak per la Tok, Fyruzs, Sarah dengan Nadya kan ada"...(itulah bisik hatiku yang diiring butir-butir air hangat yang tidak kelihatan) - Aku perlu kuat, meneruskan perjuangan ini. Apa yang aku lakukan ini, sudah BETUL...(itulah yang terngiang-ngiang di benak akal fikiran aku, setiap kali aku ingin memujuk sanubariku, supaya tidak menzahirkan air mataku)..


Kami berbuka sederhana dengan menu masakan sendiri (al maklumlah kepakaran memasak bukan bidangku). Aku hanya mampu menyediakan nasi putih berlaukan ayam masak kicap manis, sup sayur campur, dan air teh O' longan sebagai penghilang dahaga. Sedikit kuah Bolognese lebihan berbuka semalam, kami buat makan bersama spaghetti untuk (sahur) pada pagi esoknya.


7 Ramadhan,

Kami pulang dengan rasa sayu dan sedih meninggalkan satu-satunya ninda kami yang masih ada untuk bersama kami. Semoga Syawal nanti, kami masih dapat memanggil-manggil "ATUK", memeluk-meluk ATUK, mencium tangan dan pipi ATUK dan menyakat-nyakat ATUK. Semoga anak-anak aku nanti masih bisa memangil-mangil moyangnya "Tok Su Jah" di pagi Syawal-Syawal akan datang, moga-moga aku biasa tersenyum melihat dia tersenyum kerana
lupa akan deritanya itu...Moga-moga saja.....................

10 Ramadhan,

Sekali lagi sesi berbuka bersama pelanggan di Palm Garden Putrajaya. Tiada yang terlalu istimewa, kecuali berbuka kali ini, aku membawa teman. Bertemankan Cik Nur'ain (sahabat karibku), kami tidak perlu meredah kesesakan lalu lintas mahupun lebuhraya di kota Kuala Berlumpur ini.Kemudahan ERL Transit membantu kelancaran perjalanan kami.

Sesi berbuka agak seronok, kerana aku ada teman untuk memilih dan merasa apa sahaja menu yang kami ingin makan (selalunya tak de kawan sbb aku sorang je perempuan kat group berbuka tu - bak kata Tuan Yusoff " JIWA KACAU") Heheh..

11 Ramadhan,

Ohhh kini sampai giliran aku pulak menemankan Ain berbuka bersama pelanggan nya pula. Al maklumlah, kami masing-masing menguruskan pelanggan yang berbeza.Lokasi berbuka kami kali ini adalah di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay (bersebelahan Hotel Royal Chulan) - Menu-menu yang disediakan bagi aku(biasa jer)..walaupun banyak pilihan menu, namun yang menarik perhatian mata dan yang cukup istimewa untuk mengoda selera aku adalah Serawa Durian, selain dari itu..hmmm.. biasa-biasa saja..


Menu yang mesti ada di mana-mana Hotel & Eksklusif Restoran yang telah aku kunjungi adalah seperti Kambing Golek, Nasi Putih, Nasi Beriani/Hujan Panas/Bukhari,Mix Grill, Kuih Muih melayu, Satay, Lauk-lauk kampung(Masak lemak, Masak asam pedas, Masak Rendang, Kari, dan sebagainya).

Makanya bila menu yang sama itu kembali dan kembali di setiap lokasi aku berbuka, selera untuk mencuba menu yang sama memang kendur. Biasanya aku akan mencari menu mana yang aku masih belum cuba dari lokasi sebelumnya.

Berbuka dengan pelanggan Ain hari ni, penuh sejarah..Nak tau knapa penuh sejarah? Haaa..itu kena tanya Cik Nur'ain la..Tak pun, tanya En.Zamri...Rahsia negara dowh..(Tak berani nak buka cerita in public)...

12 Ramadhan,

Petang-petang lepas solat Asar, dari tingkap luar office, kelihatan hujan yang lebat akan melanda. MasyaAllah, memang tensi, setensi-tensinya..Nasib baik laa.. ada Ain, dapatlah aku berbuka bersama-sama Ain di KL Central(KFC)..Kesian Ain sebab kena teman aku buka lagi. Walaupun Ain yang pelawa untuk teman aku berbuka, rasa bersalah tetap timbul pada masa tu.

Maklumlah di dalam bulan Ramadhan ni, semua orang berebut nak buka dengan family. Hati memang tak suka buka kat KL Central ni, sebab hajat nak beli makanan bazar Pantai Dalam tak tertunai sebab hujan.

Macam susah sangat nak dapat merasa bazar Pantai Dalam (ada petanda tak bagus ker?) Isk isk..perasaan jer kot..Kan??

13 Ramadhan,

Berbuka bersama Sarah di Food Court Suria KLCC, knapa banyak-banyak tempat ,KLCC jadi pilihan? (sbb adik angkat Sarah (Sony) ajak buka sama).Makanya kami pun berbuka di KLCC Signature Food Court. Makanan biasa-biasa aja.

Cuma berbuka dengan kenalan baru (Sony) dan seorang Ah Moi (Jenny)..Aku tak tau la asal aku mcm tak berapa nak suka Ah Moi ni..(di dalam bulan Ramadhan ni, hati ni macam-macam ragam plak)..Tapi memang rasa tak berkenan di hati aku dengan Ah Moi sorang ni..

Tapi apa-apa pun, lantak la..asal korang bahagia kan..Aku ni bukan mengesah sangat pun. Tiada yang istimewa sangat buka kat KLCC ni, sebabnya dah penat bertawaf KLCC tu. Al maklumla kami dah berada di KLCC tu since 2pm..Isk isk..apa jer yang kami buat bertawaf di KLCC tu kan? (tak ade apa sebenarnya, saja nak "KILL THE TIME" kata Sarah)..

Kami sempat menikmati pandangan indah melihatkan dua orang wanita yang cantik fizikalnya..(cerita ini kurang best, sebab tak de yang menarik, kecuali mereka itu cantik - kami (saya & adik saya) suka meninjau kecantikan wanita-wanita, mengagumi keindahan alam ciptaan Allah SWT)..

Ironinya kedua-dua wanita ini menambah dosa aku di bulan Ramadhan ni, kerana rasa menyampahku melihatkan mereka yang tidak berpuasa (mungkin saja mereka uzur), namun lebih sedih melihatkan cara pemakaian yang ditonjolkan..(sangat tidak sesuai di bulan Ramadhan ini).

Seperti yang aku katakan tadi, di bulan Ramadhan yang mulia ini, hati aku sedikit kuat sensitive kepada perkara-perkara ini. Selalunya aku tidak pun mengambil pusing..Mungkin sebab aktivity yang aku boleh lakukan adalah melihat (sebab tak boleh makan)..

Semoga sahaja Allah SWT mengampunkan dosa-dosa hatiku ini..Dosa-dosa mulutku yang berkata-kata dan Dosa-dosaku yang terzahir & tiada zahirnya.

Di malamnya, selantas selesainya memasak kuah Mee Rebus (untuk sahur),Solat Terawih telah aku kerjakan (dalam keadaan yang amat penat dan letih).Harap-harap walaupun dalam keadaan serba kekurangan (ngantuk & letih),Terawihku itu tiada sia-sianya.

Hari ini (15 Ramdhan),

Aku berniat untuk berbuka apa yang sudah sedia ada di rumah (mungkin roti/ oatmeal) kerana niat di hati nak berdiet (bagi memudahkan proses masuk tidur, membakar lemak dan menjaga kesihatan), Ini memandangkan aku akan makan besar di Bulan Syawal nanti.

Apa yang lebih penting ialah; amal ibadahku perlu lebih dipergiatkan lagi, berbanding Ramadhan-Ramadhan yang telah pun berlepas hari-harinya.Semoga niatku ini termakbul hendaknya. Moga Ramadhan ini, aku bertemu CINTA, mendapat KASIH dan merasa SAYANG dari MAHA PENCIPTA di malam Lailatul Qadar..Moga- moga saja akan ketemu..Akan ku tunggu edatanganmu wahai malam penuh Fadhilat & Barakah...InsyaAllah...


No comments:

Post a Comment