Tak kelentang kelentung lesung batu tu.
Tak tunggang langgang kuali dan sudip.
Hari ni, buat pertama kalinya,
Dekat rumah baru (Pantai Permai) ni
Aku memasak,(masak nasi, lauk campak-campak jer pun)hehehe..
Dari Jumaat lepas, peti sejuk yang dari bulan lepas digembar-gemburkan nak dibeli..
Telah pun selamat sampai ke dalam bilik aku ni..
Jadi dengan semangat wajanya..
Aku pun membeli sambil membelah barang-barang basah..
Dekat pasar malam, hari sabtu..lepas balik dari office..
Maka hari ni,
selepas bertungkus lumus (konon-konon susah sangat la kan)..
Terciptalah dua masakkan hasil air tangan aku yang tak seberapa ni..
Tomyam Oyster Mushroom & Carrot dan Garlic Prawn...
Rasanya udang tu, macam sedap...Tapi sayur tu macam gagal sikit..:P
Tapi apa2 pun...dah selamat Sarah dengan aku "NGAPP" sampai kenyang..
Kalau nak cuba,boleh la cuba resepi mudah & cepat ni yer..
Resipi org bujang jer ni...
Tomyam Oyster Mushroom & Carrot
Bahan-bahan
1) 2 batang carrot saiz sederhana (tolong buang kulit luar & potong siap-siap yer)
2) 150 gram Oyster Mushroom (disiat2 sederhana halus)
3) 2 ulas bawang merah (sila tumbuk)
4) 2 ulas kecil bawang putih (sila tumbuk)
5) 5 batang cili padi kampung (dititik)
6) 1/2 ulas bawang besar (dihiris)
7) 1/2 kiub tomyam
8) Sedikit gula & garam (ikut selera sendiri ok)
9) Sedikit Olive Oil
10)200 ml air
Cara-cara memasak
Mula dengan memanaskan olive oil, kemudian masukkan hirisan bawang besar,bawang merah & bawang putih yang dah siap ditumbuk dan cili padi kampung yang dah dititik.
Goreng & kacau sampai naik bau dan sedikit garing. Masukkan kiub tom yam yang dah
dihancurkan, kacau rata. Tunggu sampai naik bau (api jangan besar sangat).Kemudian, masukkan sedikit garam, dan perlahan-lahan masukkan air,kacau sehingga mendidih, dan masukkan gula (ikut cita rasa sendiri ok).Masukkan carrot, biarkan sekejap, kemudian kacau semula sampai carrot empuk.Akhir sekali, kecilkan api, masukkan Mushroom, kacau 2-3 kali, tunggu mendidih dalam 10 saat dan tutup api dan sayur anda sudah boleh dihidang.

Garlic Prawn
Bahan-bahan
1) 350 gram udang saiz sederhana (dibersihkan)
2) 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
3) 2 cubit lada hitam (ditumbuk halus)
4) Seulas bawang merah (dihiris halus)
5) Sedikit garam & gula (secukup rasa)
6) Sedikit Olive oil
7) 25 ml air yang dicampur bekas tumbuk bawang tadi
8) Secubit serbuk kunyit
Cara-cara memasak
Mula-mula kena perap dulu udang yang dah dibersihkan dengan bahan-bahan no 2 - 5 dan no 8 (biarkan dalam 20 minit selepas digaul rata bahan-bahan tadi dalam peti sejuk). Kemudian panaskan olive oil, dan masukan udang yang diperap tadi.Kacau rata udang sehingga udang bertukar ke warna merah dan betul-betul masak, masukkan air bekas tumbukan bawang tadi.Gaul rata sampai mendidih sekejap dan terus tutup api dan hidang.Anda boleh tambah garam atau gula masa kacau tadi jika perlu.

Sekian sahaja & selamat mencuba yaa.. :P
No comments:
Post a Comment